TEMPAHAN DVD
SULAMAN EMAS
HARGA RM 15
<klik sini>



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, July 24, 2007
* pertandingan bintang melayu asli

> > PERTANDINGAN BINTANG MELAYU ASLI

 

| 11 Ogos (Sabtu) | 10 pagi | Auditorium |

 

Merupakan pertandingan nyanyian lagu tradisional melayu peringkat IPT. Pertandigan ini akan melibatkan pelajar-pelajar IPT yang akan dijemput dari seluruh Malaysia.

 


 

<muat turun borang>

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

 

Untuk Peserta IPT

  • Penyertaan terbuka kepada pelajar IPT yang terdiri daripada pelajar sepenuh masa  atau pelajar sambilan (part time) peringkat  Master atau PhD, status masih aktif dan perlu disahkan oleh kolej atau jabatan masing-masing.
  • Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10 bagi setiap peserta. Peserta akan di berikan DVD minus one bagi tujuan latihan. Lirik tidak di sediakan.
  • Setiap peserta dikehendaki menyanyikan 1 lagu daripada lagu yang disenaraikan (mengikut kategori) untuk peringkat saringan dan separuh akhir.
  • Setiap peserta peringkat akhir dikehendaki menyanyikan 2 lagu (satu lagu wajib dan satu lagi pilihan) daripada lagu yang disenaraikan.
  • Di peringkat saringan, peserta akan bertanding mengikut kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan. Pertandingan secara kategori adalah di peringkat saringan sahaja. Di peringkat separu akhir dan akhir adalah secara campuran.
  • Peserta yang akan ke peringkat separuh akhir adalah 10 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan. Manakala peserta yang akan ke peringkat akhir adalah seramai 10 orang sahaja.
  • Kaedah pemarkahan ditentukan oleh jawatankuasa panel penilai. Keputusan adalah muktamad.
  • Sebarang bentuk kecederaan atau kemalangan peserta sebelum atau selepas pertandingan adalah tanggungjawab peserta sendiri.
  • Pihak penganjur akan menyediakan kaset lagu-lagu untuk kegunaan peserta. Bagi peringkat Saringan, peserta akan di iringi dengan muzik “minus one”. Pada  peringkat separuh akhir dan akhir peserta akan diiringi dengan kumpulam muzik asli.
  • Peserta yang pernah membuat album tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  • Kumpulan muzik pengiring bagi pertandingan ini ialah kumpulan muzk asli yang akan disediakan oleh pihak penganjur semasa peringkat akhir sahaja. Kumpulan muzik persendirian tidak dibenarkan.
  • Segala kos menghadiri dan menyertai pertandingan ini adalah tanggungan sendiri.
  • Peserta wajib mengikut segala peraturan universiti yang telah di tetapkan dan mengikut setiap arahan yang di tetapkan oleh pihak penganjur.
  • Penginapan tidak disediakan. Tetapi pihak penganjur menawarkan penginapan dengan bayaran sebanyak RM 20 seorang bagi satu hari. Terhad kepada 4 orang sahaja bagi setiap universiti. Peserta hendaklah membuat permohonan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh pertandingan untuk mengelakkankan sebarang kesulitan.
  • Makanan disediakan kepada peserta pada peringkat separuh akhir dan peringkat akhir sahaja.Kenderaan disediakan dari tempat penginapan ke tempat pertandingan sahaja.Segala perubahan tertakluk kepada pihak Penganjur

 

Untuk Terbuka 

  • Penyertaan terbuka kepada seluruh warga Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas.
  • Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10 bagi setiap peserta. Peserta akan di berikan DVD minus one bagi tujuan latihan. Lirik tidak di sediakan.
  • Setiap peserta dikehendaki menyanyikan 1 lagu daripada lagu yang disenaraikan (mengikut kategori) untuk peringkat saringan dan separuh akhir.
  • Setiap peserta peringkat akhir dikehendaki menyanyikan 2 lagu (satu lagu wajib dan satu lagi pilihan) daripada lagu yang disenaraikan.
  • Kaedah pemarkahan ditentukan oleh jawatankuasa panel penilai.
  • Sebarang bentuk kecederaan atau kemalangan peserta sebelum atau selepas pertandingan adalah tanggungjawab peserta sendiri.
  • Pihak penganjur akan menyediakan kaset lagu-lagu untuk kegunaan peserta. Bagi peringkat Saringan, peserta akan di iringi dengan muzik “minus one”.
  • Peserta yang pernah membuat album tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  • Kumpulan muzik pengiring bagi pertandingan ini ialah kumpulan muzik asli yang akan disediakan oleh pihak penganjur semasa peringkat akhir sahaja. Kumpulan muzik persendirian tidak dibenarkan.
  • Segala kos menghadiri dan menyertai pertandingan ini adalah tanggungan sendiri.
  • Peserta wajib mengikut segala peraturan universiti yang telah di tetapkan dan mengikut setiap arahan yang di tetapkan oleh pihak penganjur.
  • Penginapan tidak disediakan. Tetapi pihak penganjur menawarkan penginapan dengan bayaran sebanyak RM 20 seorang bagi satu hari.. Peserta hendaklah membuat permohonan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh pertandingan untuk mengelakkankan sebarang kesulitan.
  • Segala perubahan tertakluk kepada pihak Penganjur.

 

 


Posted at 12:48 pm by Fiqah_ilham
 

Previous Entry Home Next Entry